Bi iznillah,saya mahu berkongsi maklumat yang penting ini terutamanya kepada lepasan spm yang kurang tahu mengenai dokumen apa yang perlu disediakan ??Bagaimana cara untuk menyusun dokumen tersebut?dan sebagai .Itulah antara persoalan yang bermain di fikiran saya sewaktu hendak hendak menyusun dokumen supaya kita nampak seperti seseorang yang sudah bersiap-sedia.
1. DOKUMEN ASAL
-Kad Pengenalan
-Sijil Kelahiran
- Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
-Sijil Berhenti Sekolah
-Sijil SPM asal
- Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke tingkatan 5)
-Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3 lau ada di antara sijil tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tu ada sijil peringkat daerah,negeri atau kebangsaan bawak dan fotostatkan ok..)
2.Salinan Fotostat
fotostat semua salinan dokumen asal dan pastikan semua salinan dokumen itu difotostat dengan dengan jelas supaya para penemu duga dapat melihatnya dengan jelas.Selepas itu susun semua dokumen tersebut mengikut susunan yang telah ditetapkan seperti dokumen diatas.Salinan fofostat tersebut hendaklah distaplerkan supaya kelihatan kemas dan teratur tanpa perlu dilipatkan.
3.Borang Maklumat Diri Calon ...
a)butiran diri-gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll
b)butiran keluarga- seperti maklumat bapa / ibu
4. Butiran akademik
-keputusan sekolah rendah(upsr)
-keputusan sekolah menengah rendah(pmr)
-keputusan sekolah menengah atas(spm)
Begitulah serba sedikit maklumat yang saya tahu mengenai temuduga untuk lepasan spm.Harap maklumat ini dapat dikongsi dan digunakan dengan sebaik-baiknya kepada lepasan spm.Sebarang kesilapan ,harap dimaafkan dan boleh dirujuk terus kepada saya melalui email yang tertera.Jazakallahu khairan kathira..
No comments:
Post a Comment