Wednesday, 25 February 2015

KoKi: Bantuan pelajaran untuk anak-anak negeri Perak

KoKi: Bantuan pelajaran untuk anak-anak negeri Perak: As s a l am ual ai ku m,  Sekadar hendak berkongsi , khas buat anak-anak kelahiran negeri Perak.  Sekiranya anda sedang atau baru hendak...

Saturday, 20 September 2014

.::. Easteamaywar .::.: <<< Purdah+Niqab >>>

.::. Easteamaywar .::.: <<< Purdah+Niqab >>>: Q: kenapa kamu tidak memakai purdah sedangkan kamu sudah membuat kajian bahawa pemakaian purdah adalah wajib pada zaman sekarang..? A: ...

Monday, 11 August 2014

nombor pusat maxis





Bi iznillah,saya mahu berkongsi maklumat yang penting ini terutamanya sesiapa yang menghadapi masalah seperti saya.
Masalah saya adalah saya tidak tahu kod puk untuk nombor maxis saya.
Hampir semua orang disekeliling saya sudahpun saya bertanya apakah nombor pusat maxis .
Semua orang boleh menggunakannya walaupun dimana anda berada.
Memang betul boleh cari di google tapi ,terlalu banyak nombor sampai mana satu pun saya tidak tahu.Oleh hal yang demikian,saya menulis untuk kesenangan kita pada masa hadapan.






Ok ini nombor pusat maxis.
Aku harap anda semua tidak mengalami kesukaran yang saya hadapi jikalau telefon bimbit anda disekat - 0374922123

Begitulah serba sedikit maklumat yang saya tahu mengenai nombor telefon pusat maxis.Harap maklumat ini dapat dikongsi dan digunakan dengan sebaik-baiknya kepada semua orang.Sebarang kesilapan ,harap dimaafkan dan boleh dirujuk terus kepada saya melalui email yang tertera.Jazakallahu khairan kathira..






Saturday, 3 May 2014

PERSEDIAAN DOKUMEN UNTUK TEMUDUGA(LEPASAN SPM)

Bi iznillah,saya mahu berkongsi maklumat yang penting ini terutamanya kepada lepasan spm yang kurang tahu mengenai dokumen apa yang perlu disediakan ??Bagaimana cara untuk menyusun dokumen tersebut?dan sebagai .Itulah antara persoalan yang bermain di fikiran saya sewaktu hendak hendak menyusun dokumen supaya kita nampak seperti seseorang yang sudah bersiap-sedia.


1. DOKUMEN ASAL

 -Kad Pengenalan

-Sijil Kelahiran

- Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)

-Sijil Berhenti Sekolah

-Sijil SPM asal

- Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke tingkatan 5)

-Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3 lau ada di antara sijil tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tu ada sijil peringkat daerah,negeri atau kebangsaan bawak dan fotostatkan ok..)


2.Salinan Fotostat

fotostat semua salinan dokumen asal dan pastikan semua salinan dokumen itu difotostat dengan dengan jelas supaya para penemu duga dapat melihatnya dengan jelas.Selepas itu susun semua dokumen tersebut mengikut susunan yang telah ditetapkan seperti dokumen diatas.Salinan fofostat tersebut hendaklah distaplerkan supaya kelihatan kemas dan teratur tanpa perlu dilipatkan.


3.Borang Maklumat Diri Calon ...

a)butiran diri-gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll

b)butiran keluarga- seperti maklumat bapa / ibu


4. Butiran akademik

-keputusan sekolah rendah(upsr)

-keputusan sekolah menengah rendah(pmr)

-keputusan sekolah menengah atas(spm)


Begitulah serba sedikit maklumat yang saya tahu mengenai temuduga untuk lepasan spm.Harap maklumat ini dapat dikongsi dan digunakan dengan sebaik-baiknya kepada lepasan spm.Sebarang kesilapan ,harap dimaafkan dan boleh dirujuk terus kepada saya melalui email yang tertera.Jazakallahu khairan kathira..

cara membuat pop corn

bahan-bahan

-magerin supaya pop corn kelihatan cantik)


-biji jagung(basuh dan pastikan dikeringkan dengan sebaik-baiknya)



-minyak

-asin vanilla supaya pop corn berbau wangi


cara-cara
-sediakan kuali besar
-letakkan minyak sepert hendak menggoreng ikan
-panaskan minyak dengan api yang kecil
-setelah kuali panas masukkan biji jagung dan tutup kuali tersebut supaya biji jagung tidak meletup keluar
-kemudian,masukkan majerin 2 sudu besar makan ke dalam kuali yang telah panas dan kacau sehingga magerin itu cair
-selepas itu,masukkan 4 sudu besar makan gula ke dalam kuali dalam api yang kecil dan kacau sehingga larut
-apabila gula dan majerin tersebut larut,masukkan setengah penutup perasa vanilla supaya pop corn tersebut bau wangi
-kemudian masukkan pop corn  dan gaul dengan sebati

mmm.. ni lah resepi yang ingin saya kongsikan .Kalau beli di luar tidak menepati cita rasa,lebih baik buat sendiri.Selamat mencuba ^_^




Wednesday, 2 April 2014

budak baru belajar..

salam ..


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan,

buat kali pertama saya membuat blog..Alhamdulillah